Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ibu Terdesak Mencuri Demi Anaknya, Polis Terus Muncul Depan Rumah! Bukan Untuk Tahan Tapi..

Hanafis Haris 21/01/2021 | 08:03 MYT
Polis dan masyarakat berpisah tiada. Itu yang mungkin cuba disampaikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor apabila membantu ‘pencuri’ sebuah pasaraya.

Bermula dengan kes penahanannya di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur, pihak polis kemudian tampil membantu wanita berusia 30-an itu termasuk tidak meneruskan tindakan atas jenayah dilakukan.

“Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang suri rumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.

“Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit,” katanya.

Tambahnya, atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian.

“Moga beliau terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 ini.

"Susah Dan Senang, Kita Tetap Bersama,” kata kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi IPD Petaling Jaya sebentar tadi.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya sebak apabila melihat kesanggupan pihak polis melakukan tindakan sedemikian.

Kebanyakan mereka mengaggap tempoh pandemik membuatkan ramai terdesak untuk meneruskan hidup.

Malah, ramai yang meminta supaya orang ramai tidak terus menghukum setiap kesalahan dilakuan seseorang.

Berkemungkinan ada kisah di sebalik perbuatan tersebut.

Anda boleh lihat posting IPD Petaling Jaya di bawah.

"One Good Deed A Day.."

#Viral #Polis #PDRM #Mencuri #IPDPetalingJaya
;