Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Tergamak Kurung Anak Dalam Sangkar? Dah Macam Haiwan! Rupanya Si Ayah...

Hanafis Haris
01/06/2022 02:56 MYT

Sepotong video memaparkan seorang kanak-kanak dikurung di dalam sangkar besi mencuri tumpuan seluruh dunia.

Video yang berlaku di China itu menyaksikan kanak-kanak tersebut seakan-akan merayu kepada orang awam untuk dilepaskan.

Namun, menurut laporan media antarabangsa, sangkar itu sebenarnya dicipta oleh ibu bapanya sendiri untuk memudahkan mereka berniaga.

Ibu kepada kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Li menjelaskan, dia terdesak untuk mengurung anaknya itu kerana tiada pilihan lain.

Ini kerana suaminya tidak bekerja dan mengabaikan tanggungjawab menjaga anak.

“Suaminya akan membiarkan anak kelaparan. Dia hanya akan bermain permainan video sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di platform YouTube, video berkenaan sudah ditonton sebanyak 27,000 kali.

Kebanyakan netizen menyelar tindakan kedua-dua pasangan itu kerana mengurung anak mereka seperti haiwan.

Malah, ramai yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut yang terpaksa berkurung berjam-jam sehinggalah ibunya selesai berniaga.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Sumber: YouTube, Jiu Pai News






#China #Sangkar #Budak #Ibu kurung anak dalam sangkar
;