HIBURAN
Ibu Titip Doa Agar Neelofa Jadi Pendakwah Tersohor & Bilal Menjadi Hafiz Al-Quran
Ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berharap anaknya menjadi seorang pendakwah tersohor di seluruh dunia suatu hari nanti.
Doa ibu sempena hari ulang tahun
Kartini menitipkan doa tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran Neelofa yang jatuh pada 10 Februari.
“Sempena Hari Kelahiran love, mama sebagai ibu yang diizinkan Allah mengandungkan love di dalam rahim mama dengan penuh kasih sayang dan lahirkan dan besarkan dengan penuh harapan yang dicita-citakan oleh seorang ibu.
“Masya-Allah, doa ibu doa keramat, setiap hari Allah menjadikan kenyataan atas doa-doa keramat seorang ibu.