Ibu Zynakal, Kakak Zamani Slam Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof
September 26, 2020 09:29 MYT
Kakak kepada penyanyi Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal iaitu Zuraidah Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi Sharifah Zarina di Instagram (IG) miliknya.
"Khabar duka ke dua yang saya terima hari ini. Kakak zuraidah iaitu saudara kandung kepada abang @iamzamani.official dan ibu kepada @zynakal baru sahaja berpulang kepangkuan Illahi sebentar tadi.
"Ya Allah ampuni lah dia,lapangkanlah lahadnya, tempatkannya bersama golongan beriman. Kakak yang sangat baik," tulisnya.
Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
#Meninggal Dunia #Zamani Slam #Kakak #Ibu Zynakal