Ice Watch Light Up The Night Run 2018 Kembali

Amri Hassan
September 21, 2018 09:01 MYT
Selepas berehat setahun, acara larian Ice Watch Light Up The Night Run kembali diadakan pada 1 Disember depan.
Menurut Pengarah Urusan Habib Group, Datuk Seri Meer Sadik Habib, lokasi Putrajaya dipilih untuk acara kali ini.
"Memang menarik kerana dalam acara ini, peserta akan melalui kawasan di sekitar IOI City Mall dan kejiranan Putrajaya pada waktu malam," katanya.
Ice Watch Light Up The Night Run 2018 akan diadakan di IOI City Mall dengan dua kategori dipertandingkan iaitu 10 kilometer dan 5 kilometer
Menariknya, pihaknya yang bekerjasama dengan The Marathon Company menyediakan 7 pilihan warna jersi untuk peserta larian pilih iaitu merah, biru, merah jambu, hijau, ungu, jingga dan kuning.
Pendaftaran Ice Watch Light Up The Night Run 2018 sudah dibuka.
Layari www.racexasia.com/event/ice-watch-light-up-the-night-run-2018 atau Instagram dan Facebook rasmi Ice Watch.
#Gaya Hidup #Ice Watch #Ice Watch Light Up The Night Run 2018