Laman Utama

Idayu Kongsi Rahsia Hamil Setelah 6 Tahun Berkahwin

gempak
Mya Amri
01/01/2021
05:03 MYT
Sponsor Banner
Idayu Kongsi Rahsia Hamil Setelah 6 Tahun Berkahwin
Berkat kesabaran dan tidak putus asa, penyanyi Idayu kini hamil selepas enam tahun berkahwin dengan suami, Shahrul Fadzil.
Idayu mengumumkan berita gembira itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya sebaik sahaja masuk tahun baru 2021.
Menurut Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, kandungannya kini mencecah lima bulan selain menyatakan rasa syukur dengan kurniaan yang diberikan Tuhan.
“Syukur Alhamdulillah Idayu dan suami, @yunfadzil ingin membuat pengumuman rasmi tentang kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan setelah melayari perkahwinan selama lebih 6 tahun.
“Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah S.W.T. dan ini lah waktu yang paling tepat.
“Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari mendatang,” coretnya.
Dalam pada itu, Idayu juga memohon doa orang ramai semoga proses kehamilan dan bersalin dipermudahkan.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya.
“Insya-Allah dengan izin Allah S.W.T kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei 2021. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.
“Kepada pasangan yang masih berusaha nak dapat baby, nasihat saya, jangan mudah PUTUS ASA! Saya doakan kalian juga,” coretnya.
Idayu dan Shahrul Fadzil mendirikan rumah tangga pada Mei 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live