Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Idea ‘Old Money’ Tercetus Gara-Gara Isteri Tak Berkenan Dengan Penampilan Andika Putera - “Saya La Bagi Idea Itu Sebab Kami Baru…”

Asyikin Mayudin 30/04/2025 | 07:55 MYT
Tidak berkenan dengan penampilan awal suaminya, isteri kepada Andika Putera iaitu Dr Amalina memberi idea untuk mengubah gaya pemakaian pempengaruh itu.

Awal perkenalan

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Amalina berkata idea untuk memulakan gaya ‘Old Money’ selepas melihat penampilan suaminya pada awal perkenalan mereka.

“Masa mula-mula saya pergi kelas Andika dulu, saya rasa dia sebenarnya bijak. Cuma saya pelik kenapa dia pakai begitu.

“Saya la bagi idea Old Money itu, sebab kami baru kenal. Saya nak dia ubah gaya pemakaian,” kongsinya.

Tak sesuai

Menurut Dr Amalina lagi, dia berasakan penampilan suaminya yang dahulu tidak bersesuaian dengan personalitinya sebagai seorang mentor.

“Saya ada bagi dia contoh gambar Old Money. Masa itu, saya saja tunjuk untuk tengok reaksi Andika. Andika pulak memang nak impress saya, jadi dia pun cuba.

“Saya tak suka tengok dia pakai satu badan Gucci. Tak sesuai dengan personaliti dia sebagai mentor. Benda ini sebenarnya terjadi tanpa sengaja,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Diajak Buat ‘Private Session’, Andika Putera Hairan Masih Diganggu Lelaki Songsang - “Sekarang Ni Dah Kahwin…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Cemburu Andika Bergambar Dengan Bekas Isteri & Anak, Dr Amalina Bersikap Matang - “Saya Mahu Alisha Membesar Dalam Suasana Yang Sihat”

ARTIKEL BERKAITAN: Ananda Natasha Dakwa Emosi Tertekan, 'Diserang' Bekas Mentua? - "Dia Sering Hantar Mesej ..."

Dalam pada itu, Dr Amalina sempat memuji Andika yang berusaha untuk mengubah penampilan sehingga menjadi fenomena sehingga hari ini.

Fenomena gaya ‘Old Money’ mula teercetus apabila pempengaruh Andika Putera menubuhkan sebuah komuniti dengan meletakkan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM249.

undefined
#Dr Amalina #Gaya #Penampilan #Andika Putera #Old Money