Pasangan 'suami isteri' di Indonesia ini belum sempat merasai fasa bulan madu apabila kedua-duanya akhirnya kantoi kahwin sejantina.

Suspek dikenali sebagai Naim, 25, dan Jurnal, 26, kini ditahan pihak berkuasa kerana melangsungkan pernikahan di Halmahera Selatan, Maluku Utara yang jelas melanggar undang-undang.

Kahwin sejenis

Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Majlis tersebut diadakan di Desa Sekely, Kecamatan Gane Barat Selatan pada 16 Mei lalu malah pernikahan pasangan itu turut menjadi tular di media sosial.

Jurucakap pihak berkuasa, Aditia Kurniawan berkata, Jurnal dan Naim didakwa memalsukan identiti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Hari Nikah Tapi Suami Tak Sentuh Isteri, Rupa-Rupanya…

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari Dulu Teringin, Dah Boleh Beli Baju Dinasour”- Dayana Roza Sebak, Hasrat Nak Baby Boy Tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Sifatkan Aksi Cium Sesama Jenis Biadab, Fahmi Panggil Penganjur ‘Mengadap’

"Jurnal telah menukar dirinya sebagai wanita menggunakan nama Dela La Udin. Naim turut bersubahat dalam perkara itu.

"Mereka kini berada dalam tahanan untuk membantu siasatan," katanya pada Rabu.

Difahamkan, Jurnal juga menggunakan maklumat peribadi palsu untuk mengisi dokumen berkaitan pernikahan dan menipu petugas perkahwinan (PPN) Desa Sekely.

Penyamaran Jurnal bagaimanapun disedari jurumekap (MUA) yang yakin dia bukanlah wanita semula jadi kerana tiada payudara seperti wanita normal ketika mahu mengenakan busana pengantin.

MUA tersebut kemudiannya memberanikan diri untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa setelah menemui gambar sebenar Jurnal yang ternyata seorang lelaki.

Sumber: Agensi menerusi Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.