"Idola Sejak Lahir!" - Netizen Puji Foto Zaman Kanak-Kanak Yuna

Asraf Aided
Oktober 24, 2019 07:47 MYT
Penyanyi popular antarabangsa, Yuna berkongsi foto 'throwback' ketika dia membuat persembahan nyanyian pada tahun 1996.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.
"#DONEsebenarnya circa 1996 mood," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan Yuna.
Ada juga yang mengatakan Yuna mempunyai aura seorang penyanyi sejak zaman kanak-kanaknya.
"Idola sejak lahir.
"Aww angel.
"Memang berbakat sejak kecil," tulis netizen.
Sedikit info mengenai Yuna, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2006 dan kini telah berjaya membina populariti hingga ke persada antarabangsa.
#Yuna