Laman Utama

“Idris Ali Shah, 22/11/2021..” - Vivy Yusof Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Azwa Rahman
24/11/2021
02:42 MYT
Usahawan fesyen dan personaliti media sosial Datin Vivy Yusof menyambut kelahiran anak keempatnya, seorang bayi lelaki pada dua hari lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, berkongsi foto terbaharu anaknya yang diberi nama Idris Ali Shah untuk tatapan umum.
“Idris Ali Shah, 22/11/2021 #alhamdulillah,” tulis Vivy ringkas di ruangan komen.
Tidak hanya itu, Vivy turut berkongsi beberapa keping foto dirinya bersama Idris yang kini masih berada di hospital sebelum dibenarkan pulang tidak lama lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Vivy sekeluarga beserta doa yang baik-baik untuk Idris.
“Alhamdulillah, masya-Allah, welcome to the world,” komen Betty Rahmad.
Congratulations. Hi Idris,” tulis Daphne Iking.
“Barakallahulakuma, semoga baby boy Idris membesar sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan daddy, amin. Sedap nama baby boy,” kata seorang wargamaya.
Alhamdulillah so happy for you and your fam. Speedy recovery,” ujar seorang wargamaya.
Masya-Allah finally Fadza’s face. May Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 152,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Imbas kembali, Vivy mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012.
Selain Idris, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dikritik Tidak Sensitif, Vivy Yusof Jawab Sebab Buka Pre-Order Koleksi Palestin

gempak
16/10/2023
04:50 MYT
Ini jawapan Vivy
Laman Utama

"Saya Menjerit..." - Vivy Yusof Berdepan Detik Cemas Penyeluk Saku Di London, Mujurlah Ada...

gempak
22/10/2022
23:50 MYT
Nervouslah...
Laman Utama

[VIDEO] Hadir Ke Acara Fesyen Terbesar Di Paris, Peminat Cemburu Vivy Yusof Dapat Jumpa Bretman Rock & Deepika Padukone

gempak
04/10/2022
00:57 MYT
Untung jadi Vivy Yusof kan...
Laman Utama

“Saya Dilempar Begitu Banyak Fitnah, Dibuli Secara Siber” - Vivy Yusof Kenang Suka Duka 2 Tahun Kebelakangan Di Mekah

gempak
04/04/2022
01:50 MYT
Luahan hati Vivy
Laman Utama

Anggap British Bantu Bangunkan Negara Ketika Menjajah Tanah Melayu? Vivy Yusof Dikritik Netizen

gempak
22/03/2022
23:50 MYT
Netizen kurang berpuas hati dengan kenyataan Vivy