Idris Brown Juara ATNMY, Bawa Pulang RM50,000

Asraf Aided
November 14, 2021 15:18 MYT
Program All Together Now Malaysia (ATNMY) telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Idris Brown sebagai juara seperti yang ditayangkan sebentar tadi.
Idris berjaya menumpaskan semua finalis dari sembilan minggu terdahulu dengan mempersembahkan lagu klasik Itali, Bella Cio dan seterusnya Isabella nyanyian asal Search dalam pusingan kedua.
Kemenangan itu sekalagus melayakkan Idris membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.
Menurut Idris, dia tidak menjangkakan kemenangan, sebaliknya hanya mahu memuaskan hati para penonton yang menyaksikan persembahannya.
"Sejujurnya saya tak jangka apa-apa, tapi setiap kali saya buat persembahan saya niat untuk puaskan hati semua yang menonton.
"Saya seorang busker sebelum ini, jadi bila saya menyanyi, saya tak harapkan apa-apa, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, saya tak pernah alami detik sebegini, apa lagi bergelar juara.
"Ini adalah momen yang indah dalam hidup saya, Insya-Allah, juri-juri dah minat dengan genre klasikal, bolehlah kita cuba sesuatu perkara baru dengan ketengahkan nyanyian klasikal dalam industri hiburan," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, jom imbas kembali senarai setiap finalis beserta markah seperti dibawah.
PUSINGAN PERTAMA
Saiful Anwar - 38 markah
Eryn Gani - 24 markah
Black Mask - 12 markah
Najua P. Ramlee - 60 markah
Syazmi Suhaimi - 64 markah
Amal Fauzee - 90 markah
Rosiah - 68 markah
Irfan Daniel - 78 markah
Syarfa Adriana - 40 markah
Deena - 96 markah
Ash Fasryl - 36 markah
Marcus - 96 markah
Sahzuan - 48 markah
Ijal Taufiq - 70 markah
Pancit Sitaya - 98 markah
Dem Lepak Boyz - 96 markah
Ajoi Zainal - 62 markah
Idris Brown - 100 markah
PUSINGAN KEDUA (SING OFF):
Dem Lepak Boyz - 90 markah
Pancit Sitaya - 52 markah
Idris Brown - 100 markah
ATNMY dihoskan oleh Sherry Alhadad telah bersiaran selama 10 minggu di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Gempak mengucapkan tahniah kepada Idris Brown dan semua peserta ATNMY!
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Juara #All Together Now Malaysia #ATNMY #Idris Brown