Hiburan

Idzham Ismail Sekeluarga Masuk Hospital

gempak
Badrul Hashim
21/09/2020
20:15 MYT
Sponsor Banner
Idzham Ismail Sekeluarga Masuk Hospital
Beberapa hari lalu, pelakon Idzham Ismail memuat naik satu entri di Instagram miliknya memberitahu dia sekeluarga telah dimasukkan ke hospital.
Menurut Idzham, dia sekeluarga di tahan di Hospital Klang selepas didapati mengidap demam denggi yang bermula daripada anaknya, kemudian dirinya dan isterinya.
"Hari bersejarah, satu family masuk hospital yang sama. Doakan Saya, Inara, wife saya Abilah dapat pulih cepat dan dapat discharge. Tq yang mendoakan," tulis Idzham pada entri tersebut.
Ramai rakan-rakan artis yang turut meninggalkan komen mendoakan agar Idzham sekeluarga segera sembuh daripada penyakit yang dihadapi mereka.
Dalam satu entri terbaru Idzham memberitahu bahawa mereka sekeluarga telahpun dibenarkan keluar daripada hospital.
"Alhamdulillah, semalam wife saya dan Inara discharge dahulu, hari ni saya selamat discharge. Terima kasih kepada yang mendoakan, terima kasih sebab sudi sebut nama dalam doa kalian semua.
"I'm back, and I'm back stronger. Don't waste more time Idzham Ismail," tulisnya pada entri tersebut.
Idzham mendirikan rumah tangga denagn Siti Nur Abilah pada tahun 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Sofea Inara.
Ketika ini Abilah sedang hamil anak kedua mereka dan kandungannya kini berusia tujuh bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live