Hiburan
Iesya Toh Dedikasi Ucapan Sempena Hari Lahir Tun M
Pengacara Iesya Toh mendedikasikan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang ke-95 hari ini.
Sebagai rakyat Malaysia, Iesya juga mengucapkan terima kasih kepada Tun M atas segala jasa dan pengorbanannya terhadap negara sepanjang tempoh berkhidmat.
"Saya hanya mahu ucapkan selamat hari lahir buat Tun M, Masya-Allah ke-95 tahun, semoga Allah berikan Tun kesihatan yang baik, berkati dan rahmati Tun.
"Terima kasih Tun untuk segala pengorbanan untuk Malaysia," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Iesya turut berharap agar Tun M sentiasa bekerjasama dengan barisan pemimpin hari ini demi kebaikan negara.
"Kami warga belia mengharapkan Tun sentiasa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin sedia ada untuk memajukan lagi ekonomi negara," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata warganet turut menulis ucapan hari lahir kepada Tun M.
Gempak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, semoga beliau sentiasa memperoleh keberkatan dari Allah SWT.