"If She Is The One For Me..." - Jovian Mandagie Dedah Cerita Sebelum Nikah

Syafiqah Jalal
Disember 10, 2018 12:06 MYT
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie mendedahkan pernah timbul perasaan takut hendak berkahwin selepas mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri.
Jovian berkata lima tahun lalu sebelum menikahi wanita pilihannya itu dia mendapat sedikit tekanan serta sering bertanyakan kepada dirinya sendiri adakah benar keputusan yang dibuatnya.
Namun dia gembira kerana ternyata keputusannya tepat dan tidak sangka dia dan Nina sudah bersama dan bakal meraikan ulang tahun perkahwinan kelima esok, 11 Disember.
Jovian berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Menerusi entri tersebut, Jovian berkongsi fotonya bersama isteri yang berada di persisiran pantai.
Difahamkan pasangan ini sedang bercuti sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Jovian dan Nina bernikah pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, 1.
#Kahwin #Kahwin #Jovian Mandagie #Nina Ismail Sabri #Aniversarry