Gaya Hidup

Iftar Bawah Kanopi Mengadap Tasik! Healing Station Tarikan Utama Festival Ramadan Putrajaya, Ada Apa Lagi Di Sana?

gempak
Amri Hassan
06/03/2024
11:18 MYT
Sponsor Banner
Iftar Bawah Kanopi Mengadap Tasik! Healing Station Tarikan Utama Festival Ramadan Putrajaya, Ada Apa Lagi Di Sana?
Festival Ramadan Putrajaya (FRP24) kembali buat edisi ke-12 tahun ini, dengan skala lebih besar dan melibatkan lima lokasi dari 12 Mac hingga 9 April 2024.
Kata Pengarah Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya, Jeffri Mustapa, FRP24 terbahagi kepada 5 komponen utama iaitu Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck.
"PPJ juga melihat FRP24 sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.
"Saban tahun, PPJ melihat penganjuran festival ini semakin mendapat tempat di hati pengunjung.
"Rata-rata melihat FRP sebagai satu hub perniagaan sehenti yang komprehensif terutama pada bulan Ramadan dan musim perayaan," ujarnya.
FRP24 dianjurkan dengan kerjasama Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd tahun ini menyuntik kelainan pada festival kali ini yang mengetengahkan elemen Timur Tengah bagi memberikan suasana menarik buat pengunjung.
Menurut Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd, Shahrul Musa, Jualan Anjung Syawal dengan tema 1001 Warna Lebaran turut ditambahbaik dengan konsep Healing Station buat keselesaan pengunjung.
"“Bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada orang ramai, kami yakin lebih ramai peniaga dan usahawan tempatan dapat meraih peluang untuk menjana ekonomi masing-masing.
"Istimewanya Healing Station ini merupakan alternatif kepada pengunjung yang gemar meluangkan masa di padang dalam konsep piknik pada waktu berbuka puasa.
"Disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu, Healing Station yang berkeluasan 45x15 meter dilengkapi dengan artificial grass dan kanopi transparent untuk keselesaan pengunjung," ujarnya.
Jualan Anjung Syawal kali ini menyaksikan penglibatan lebih 100 usahawan daripada pelbagai cabang perniagaan.
"Kami juga berkolaborasi dengan penaja iaitu Quaker dan Minaz serta rakan strategik untuk memeriahkan lagi festival seperti Rantai Arts, Tempatan Fest dan Semboyan Malaysia.
"Selain itu, pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu Kesenian (minggu pertama), Kecantikan (minggu kedua), Sukan (minggu ketiga) dan Islamik (minggu keempat).
"Kesemua program akan turut disertai dan dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan seperti artis dan selebriti popular tempatan, penceramah dan ramai lagi," tambahnya.
Untuk rekod, tahun 2023 telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang, sasarannya tahun ini mencatat rekod seramai 800,000 orang pengunjung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024