IG Perdana Menteri, @chedetofficial Cecah 1 Juta Pengikut

Elrafaei Sapi
Mei 17, 2018 12:39 MYT
Akaun media sosial, Instagram Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) terus menjadi tumpuan ramai sehingga kini mencecah 1 juta pengikut.
Merujuk satu status Tun M hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih pada mereka yang mengikuti akaun media sosialnya itu.
Malah, adanya perkembangan teknologi yang memudahkan orang ramai mendapat berita lebih pantas menerusi media sosial dan Internet, Tun M mengakui media sosial sebagai platform penting untuk mendapatkan maklumat.
"Sosial media adalah satu platfom penting untuk mendapatkan maklumat yang betul dan mengeratkan hubungan. Gunakan sebaiknya," katanya.
Tun M yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu sentiasa menarik perhatian ramai yang mahu mengikuti perkembangan politik semasa tanah air.
Akaun IG Tun M iaitu @chedetofficial ini juga mendapat komen dan 'likes' daripada pengikut yang terdiri daripada golongan artis tempatan.
Dalam status yang sama, rakyat Malaysia turut mengucapkan tahniah pada Tun M dan menyampaikan Salam Ramadan pada pemimpin kesayangan ramai rakyat Malaysia itu.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @chedetofficial
#Perdana Menteri #Tun M