BERITA
Ija, Adik Dihukum Penjara Sebulan, Denda RM1,500
Pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, dan adik lelakinya yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan beliau di Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu, masing-masing dihukum penjara sebulan serta denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Muar, pada Jumaat.
Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua Tengku Nizaruddin atau lebih dikenali sebagai Ija, 38, adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa.
Mahkamah juga memerintahkan Ija dipenjara tiga bulan lagi, manakala Tengku Aziz Aziz pula enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.
Hukuman penjara ke atas dua beradik itu berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan misteri kehilangan Ija terjawab apabila lelaki itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.
Perkara itu terbongkar selepas wujud keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian sehingga polis percaya kehilangan berkenaan direka-reka oleh Ija termasuk bersuhabat dengan adiknya.
Sumber: BH Online
Must-Watch Video