Ijab Kabul 'Ringkas' Sabri-Angeline, Dr Maza Bagi Pencerahan! - "Yang Penting Cukup ..."
Amri Hassan
17/10/2023 13:25 MYT
17/10/2023 13:25 MYT
Video lafaz ijab dan kabul pasangan pelakon Sabri Yunus dan Angeline Tan menjadi topik bualan warganet hingga mengundang perhatian seorang pendakwah bebas mengulas mengenainya.
Menjawab isu yang dibangkitkan, jurunikah pasangan itu, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil membuat penjelasan.
Jelas Dr. Maza yang juga Mufti Perlis, pernikahan dengan lafaz ijab kabul yang ringkas adalah sah serta cukup rukun.
"Sesiapa yang membaca hadis-hadis nabi mereka akan mengetahui bahawa nabi akad nikah memang mudah, yang penting cukup rukun dan adanya ijab dan kabul.
"Ijab dan kabul maksudnya adanya kita memberikan satu tawaran perkahwinan manakala satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan.
"Tak adalah dalam agama ini, kena satu nafas, kena hafal balik perkataan orang yang akad itu.
"Bila dia kata ‘seperti mana yang disebutkan’, maka akan berlaku ijab dan kabul.
"Yang penting adanya ungkapan yang menyatakan bernikah, dengan siapa yang dinikahkan dan pihak yang satu lagi menerima serta adanya dua orang saksi," katanya dalam sepotong video.
Dr. Maza turut memberikan peringatan kepada sesetengah jurunikah agar tidak menyulitkan bakal pengantin dan menjadikan proses ijab dan kabul Sabri dan Angeline sebagai contoh.
"Kadang-kadang saya lihat macam ‘raging’, macam nak denda pula pasangan berkahwin. Kita jangan jadikan benda ini terlalu rumit, benda yang halal. Ini semua perkara-perkara yang tidak benar yang akhirnya menyusahkan.
"Orang sekeliling boleh pula kata ‘tak sah, ulang-ulang’. Ini bukan satu permainan. Lafaz itu telah sah mengapa perlu di ulang?
"Sebab itu, mudah-mudahan ini menjadi contoh dan kita mengingatkan jurunikah jangan payah-payahkan hal yang seperti ini, yang penting mudah dan disunahkan sebelum itu adakan kita adakan khutbah nikah," ujarnya.
undefined
Untuk rekod, pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.