Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Ijoy Pening Kepala Jaga Anak Tanpa Sharifah Shahira

Ahmad Shah 20/01/2016 | 09:15 MYT

Suami kepada pelakon Sharifah Shahira, Ijoy akui pening kepala melayan karenah anak-anaknya tanpa bantuan isteri tersayang.

Menurut Ijoy, menjaga anak yang ramai penuh dengan dugaan tetapi sebagai seorang bapa dia menganggap itu sebagai cabaran buat dirinya.
Semuanya bermula apabila Shahira meninggalkan tiga orang anaknya iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Auddra, 7, dalam jagaan Ijoy kerana keluar bekerja.
“Anak ramai ni memang seronok tapi sakit jugalah kepala nak melayan karenah setiap seorang kerana perangainya berbeza-beza.
“Lagi-lagi bila tiba waktu makan, Airra dan Auddra terutamanya...Memang sangat susah nak bagi mereka makan, sampai saya terkejar-kejar,” katanya.
Sementara itu Shahira berkata, pada mulanya dia khuatir untuk meninggalkan anak-anak dalam jagaan Ijoy kerana suaminya itu tidak pernah melakukan tugasan tersebut tanpa bantuannya.
“Rasa macam tak percaya sebab sebelum ini memang semua saya uruskan...Ijoy adalah tolong tapi bahagian hujung-hujung sahaja. Sebab tu kita pula yang rasa risau sama ada suami boleh jaga anak atau pun tidak,” ujarnya ketawa.
Nak tahu sama ada Ijoy mampu atau tidak menggalas tugasan harian seorang ibu untuk menjaga anak-anaknya dengan baik?
Jangan lupa untuk menyaksikan Papa Hero Saya di Astro Ria (104), setiap Rabu jam 9 malam.
Papa Hero Saya merupakan sebuah program yang menampilkan gelagat bapa-bapa selebriti bersama anak-anak tanpa kehadiran ibu mereka.
Pelbagai tips menarik, info dan inspirasi disediakan menerusi program ini sebagai panduan ibu dan bapa di luar sana untuk menjadi yang terbaik buat anak mereka.
Tips-tips menarik juga boleh didapati di laman facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.

#Papa Hero Saya 2 #Sharifah Shahira
;