Pelakon Ika Nabella meminta para pengikutnya di Instagram untuk berjaga-jaga dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyampaikan berita palsu atau scammer.

Menurut Ika, pihak itu telah menipu beberapa individu mengatakan dia akan menghadiahkan telefon pintar iPhone 12 kepada mereka.

Justeru, Ika meminta sesiapa yang menerima mesej tersebut untuk mengabai serta menyekat akaun penghantarnya.

"Ada mangkuk ayun ni scam my followers kata nak bagi iPhone 12.

"Siapa yang dapat DM tu tak payah layan & tolong block musibat tu," kongsinya di Instagram.

Menerusi entri sama, Ika turut berkongsi foto paparan skrin daripada beberapa pengikutnya yang ditipu.

Mesej palsu tersebut kononnya dihantar sebagai penghargaan kepada peminat Ika yang terpilih untuk menerima hadiah daripadanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada warganet dan beberapa rakan artis.

Rata-rata mereka peka dengan kegiatan scammer yang kini semakin berleluasa.

A post shared by BF EXPERT - CERTIFIED (@ikanabella)