Ikat Tangan, Bungkus Diri Dalam Comforter, Nikki Palikat Dedah Cara Nak Ambil Mood Untuk Lagu Sudah
Izwan Isa
26/03/2022 06:50 MYT
26/03/2022 06:50 MYT
Sejak Nikki Palikat diumumkan sebagai individu yang menggantikan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai penyanyi lagu Sudah, ramai yang memberikan respons positif.
Hal ini bukan sahaja kerana ia merupakan lagu terakhir yang belum sempat dirakamkan oleh arwah, malah karya berkenaan juga dianggap istimewa kerana Sarah begitu mahukan single tersebut lolos sehingga ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Mengimbau kembali perjalanannya merakamkan lagu berkenaan, Nikki berkata, dia mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Sudah ketika dia mula-mula terlibat dengan program Gegar Vaganza 8 (GV8) baru-baru ini.
“Ketika masih peringkat awal GV8, pihak Indigital datang kepada saya dengan lagu ini. Mula-mula dengar lagu ini dan kita tahu cerita di sebaliknya, macam-macam perasaan ada. Arwah target untuk AJL dan tambahan pula Naim Daniel yang tulis. Jujurnya, saya agak nervous.
“Tapi, bila dilihat semula, saya yakin boleh bawakan lagu ini kerana saya ingin menceritakan kepada masyarakat dan juga peminat tentang kisah yang terkandung dalam karya yang indah ini,” ujar Nikki kepada Gempak.
Nikki berkata demikian ketika majlis pelancaran single Sudah yang diadakan di ibu kota semalam.
Pemenang tempat kedua GV8 itu menambah, dia ingin menunaikan hasrat Sarah dan akan cuba sehabis baik untuk membawa lagu tersebut ke pentas AJL.
“Demo lagu ini dah ada dah, tinggal ke studio untuk masukkan vokal sahaja. Tapi tak ada rezeki dia. Jadi, bila saya dapat lagu ini dan Shuib pun merestui, saya rasa ini adalah tanggungjawab saya untuk tunaikan hasrat Sarah sampai ke AJL,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nikki turut berkongsi cara dia menghayati bait-bait lirik lagu Sudah.
“Lagu ni memang kuat dan saya tidak mahu menyanyi macam lagu balada biasa. Dalam masa sama saya tak nak tayang vokal semata-mata. Saya banyak buat eksperimen sebab saya kan anak teater.
“Saya ikat tangan, bungkus diri dalam comforter sambil menyanyi. Hal ini kerana saya nak tengok hasil dia macam mana dan adakah rutin itu akan beri impak pada nyanyian.
“Cara saya sampaikan lagu ini juga bukan sekadar menyanyi. Ada part yang saya seperti bercakap dan mengeluh sebab saya mahu ekspresikan perasaan putus harapan itu. Putus sampai tiada tenaga nak berkata-kata,” ujar Nikki lagi.
Lagu Sudah termasuk video muzik rasminya kini boleh distrim di semua platform digital bermula 25 Mac lalu.