Gaya Hidup
Ikea Cheras Diserbu, Beratur Dari Jam 1 Pagi
Parti 'housewarming' IKEA Cheras diserbu pelanggan hari ini susulan pembukaan gedung kelengkapan rumah itu yang terletak di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Astro Gempak difahamkan orang ramai sudah mula berkumpul diperkarangan cawangan terbaru Ikea itu seawal jam 1 pagi untuk mendapatkan perkakas rumah dengan tawaran harga yang hebat pada hari ini sahaja sempena pembukaannya.
Tidak kurang juga, orang-ramai yang tinggal berdekatan pusat tersebut turut berkongsi keluhan kesesakan jalan raya di sekitar kawasan tersebut.
Perasmian Ikea Cheras telah dilakukan oleh Duta Sweeden ke Malaysia, Bengt G Carlsson dan Pengarah Urusan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Christian Rojkjaer jam 9.30 pagi.
Turut hadir, Pengarah Peruncitan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Mike King.
Cawangan kedua ini meliputi ruang membeli-belah seluas 42,000 meter persegi dan merupakan 20 peratus lebih besar dari cawangan pertama Malaysia yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
IKEA Cheras menawarkan 56 ruang pameran dan lebih 8,500 produk yang bersesuaian dengan kediaman Malaysia.
Menjanjikan lebih keselesaan, gedung itu juga dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menampung 780 tempat duduk di restoran dan lebih 1,700 tempat letak kereta.
Gedung IKEA Cheras juga merupakan gedung kelima dibuka di Asia Tenggara dan cawangan terbesar di Malaysia.
Kami kongsikan beberapa keping foto di sekitar Ikea Cheras pagi tadi:
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Foto: Instagram #IkeaCheras
Must-Watch Video