GAYA HIDUP

Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Marsha Terbuka Kongsi Cerita Jalani Rawatan. Mohon Doa Semua Dipermudahkan.

Huda Hussain 19/10/2021 | 09:01 MYT
Setiap yang berkahwin pasti mendambakan zuriat buat pengikat kasih dan lambang tautan cinta antara suami isteri. Ada yang Allah rezekikan si isteri bunting pelamin, ada pula yang perlu menunggu lima tahun bahkan mungkin 10 tahun barulah merasai nikmatnya hamil dan kesakitan saat melahirkan. Sungguhpun begitu, tidak semua yang berpeluang merasai itu semua.
Kerana ujian kita semua tidak sama juga saiz kasut kita pun berbeza. Maka, selain berlapang dada dan positif menerima ketentuan takdir, andai tertulis belum punya rezeki nan satu ini baik suami atau isteri perlunya ada persefahaman yang utuh. Bukan senang mahu kekal tenang bila diasak soalan bertubi-tubi tak kurang juga mulut makcik bawang yang cuba menambah keruh dalam soal ini.
Kredit Foto: IG Marsha
Belum Mahu Ambil Anak Angkat
Tidak mahu dibelenggu tekanan khususnya apabila berbicara mengenai anak kerana, jelas Marsha lagi, “Marsha ada bertanya dengan suami tentang ambil anak angkat. Tapi kami belum capai kesimpulan atau kesudahan lagi dalam bab ni. Tapi apapun kami sepakat untuk cuba secara natural dulu. Tapi kalau ada rezeki untuk dapat anak angkat, Marsha dan suami okey saja. Cuma mohon doa semua berjalan dengan lancar. Marsha punya check up dengan doktor, gynae dan semuanya Insya-Allah dipermudahkan,” ulasnya mengakhiri bicara.
#Anak #Marsha Milan #TTC