Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Nabila Huda Beli Vitamin Untuk Hamil - “Orang Pergi London Beli Baju, Beg Tangan Berjanama La…”

Asyikin Mayudin
03/05/2023 12:55 MYT
Tidak pernah berputus asa dalam soal zuriat, pelakon Nabila Huda berkongsi foto memperlihatkan dia membeli vitamin kesihatan sebagai usaha untuk memperoleh cahaya mata.

Berbeza dengan orang lain yang mahu membeli baju dan beg tangan berjenama ketika berada di London, Nabila berkata dia lebih fokus kepada produk kesihatan tersebut.

“Orang pergi London beli baju la, beg tangan berjenama la, itu ini… She (saya) beli ini (vitamin). Haha, I am one in million ok,” tulis Nabila menerusi Twitter miliknya.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka pernah menggunakan produk tersebut selain mengakui keberkesananya dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Saya dulu amalkan yang ni juga. Alhamdulillah memang rezeki sesangat selepas setahun TTC. Sentiasa beri cadangan kepada kawan-kawan yang TTC juga.

“Saya consume vitamin ni. Beli di shopee. Alhamdullilah pregnant kali pertama lepas 5 tahun kahwin. Mungkin hasil usaha lain juga untuk hamil. Tapi why not cuba consume this vitamin. Semoga berjaya.

“I makan vitamin ni juga masa conceive dulu. It really works on me. More or less 3 bulan lepas consistent makan vitamin ni suami isteri, Alhamdulillahhhh hamil selepas lebih tahun,” komen netizen.

Difahamkan, anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu berada di sana bagi menjalani penggambaran sebuah drama sebelum terbang ke New York, Amerika Syarikat.

Untuk rekod, Nabila dan suaminya, Izwan mendirikan rumah tangga pada 2015 namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zalian pada 2008 sebelum mengambil keputusan berpisah pada 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 15 tahun.

#Nabila Huda #Nabila #Vitamin #Nabila ikhtiar hamil #Nabila vitamin
;