Hiburan
Iklan Raya Astro, Kisah Zika Dapat 300,000 Tontonan Selepas Dua Hari
Iklan Aidilfitri terbaru bertemakan #berikanmasa terbitan Astro yang mengangkat kisah benar seorang gadis bernama Zika, mendapat 300 ribu tontonan di laman sosial Youtube dan Facebook.
Video tersebut yang baru dilancarkan dua hari lalu, turut mendapat pujian netizen kerana kisah Zika bertepatan dengan tema #berikanmasa tahun ini.
Selain itu, mesej yang cuba diselitkan menerusi ‘Kisah Benar Zika – Masa: Anugerah Paling Bermakna’ turut dipuji kerana, pengajaran tersirat disebalik iklan ini ‘sampai’ kepada audien.
Ada juga komen yang menganggap Kisah Zika sebagai iklan terbaik Aidilfitri 2016.
Kisah Zika, menceritakan tentang seorang gadis yang merasakan dirinya diabaikan oleh bapa yang terlalu sibuk bekerja.
Zika rindukan perhatian seorang bapa dan menyimpan rasa benci terhadap lelaki itu dan tidak boleh memaafkan perbuatan tersebut walaupun bapanya sudah meninggal dunia.
Sehinggalah kakak kesayangannya ‘pergi’ mengikut jejak si bapa, Zika mulai terfikir tentang erti kehilangan serta betapa pentingnya menghargai seseorang itu selagi dia berada disisi.
Luahan hati Zika terhadap ibunya, sangat menyentuh perasaan dan akan membuatkan kita tersedar tentang betapa pentingnya orang disekeliling.
Anda boleh menonton video Zika di bawah:
Selain Kisah Zika, Astro turut menyiarkan iklan Aidilfitri, ‘ Siapakah Yang Anda Sayang’ yang memaparkan pengertian #berikanmasa bagi kanak-kanak.
Iklan ini juga antara yang terbaik dan sebahagian besar audien menganggap kanak-kanak lebih ikhlas menunjukkan rasa kasih sayang.
Bagi kanak-kanak “masa” itu kasih sayang, sekecil mana pengorbanan anda lakukan, nilainya sangat besar bagi mereka. Jangan berhenti #berikanmasa.
Tonton sendiri video di bawah dan fahami anak-anak anda:
Must-Watch Video