Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Ikmal Amry Pernah Alami Masalah Kesihatan Ketika Jalani Latihan Sukan Tempur - “Saya Tak Nak Kongsi Sakit Kepada Orang Ramai”

Ainun Md Zooki 04/05/2025 | 09:55 MYT
Pelakon, Ikmal Amry berkongsi dirinya pernah mengalami pelbagai masalah kesihatan selepas menjalani latihan intensif untuk menyertai kejohanan sukan tempur Fury Championship bari-baru ini.

Menurut Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, latihan yang diterima untuk sukan tempur ini sedikit berbeza berbanding rutin latihan biasa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

"Kalau nak cakap pasal sakit, saya ada macam-macam penyakit sebenarnya. Tapi saya tak mahu kongsikan kepada umum. Latihan untuk jadi fighter ni memang sangat berbeza daripada jadi atlet biasa,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambahnya lagi, latihan sukan tempur ini mampu memberi kesan terhadap badan yang membuatkan dia berasa sakit pada kemudian harinya.

"Fokus dia lebih kepada impak fizikal terhadap badan. Jadi sebab itulah kita akan rasa kesannya di kemudian hari," jelasnya.

Ikmal Amry berkata demikian ketika ditemui di acara Fury Championship yang berlangsung di Zepp KL baru-baru ini.

Bagaimanapun, aktor yang terkenal dengan filem Soloz: Game Of Life itu turut meluahkan dia tidak menyesal menyertai kejohanan tersebut namun mengakui jangkaannya tersilap terhadap tahap kesukaran latihan yang perlu dilalui olehnya.

"Bukan saya menyesal, cuma saya akui saya pandang rendah terhadap latihan sukan tempur ni.

"Kita biasa pergi gim, buat senaman berat, tapi latihan untuk bertarung ni lain sangat. Saya tak sangka ia seteruk itu,” jelasnya.

Sekadar info, Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur pertama dianjurkan di Malaysia.

Kejohanan ini menampilkan barisan pejuang profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti, menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur.

Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi untuk membawa industri sukan ini ke tahap lebih tinggi.

Mengambil inspirasi daripada gergasi global seperti ONE Championship, Jaa dan Wafiy berhasrat menjadikan Fury Championship sebagai platform utama sukan tempur di Malaysia.

BERITA BERKAITAN: Ikmal Amry Berjaya Tewaskan Hun Haqeem Di Fury Championships - “ Saya Kasihan Tapi Benda Dah Jadi”

BERITA BERKAITAN: Cedera Di Bahagian Lutut Selepas Perlawanan, Hun Haqeem Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital - "Doakan Hun Tidak Mengalami..."

BERITA BERKAITAN: “Nak Buat Senang, Maintain Tu Yang Susah” - Ikmal Amry Setuju, Mahu Kekal Berbadan Sasa Perlu Diet Yang Konsisten

BERITA BERKAITAN: Geng Challo Run Tayang Badan, Ikmal Amry; "Itu Pencapaian Hebat, Tak Mudah Nak Dapat ..."

#Sukan #Kesihatan #Ikmal Amry #Masalah #Latihan #Tempur #Fury Championship