Ikmal Amry, Theebaan G Antara Bintang Maskulin Who’s Your Bro, Ini Senarai Penuh 12 Peserta
Mya Amri
19/11/2024 12:25 MYT
19/11/2024 12:25 MYT
Rancangan realiti inovatif hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bh iaitu Maskulin Who’s Your Bro menampilkan 12 bro lelaki sebagai tonggak utama.
Hubungan brotherhood
Rancangan ini mengupas makna sebenar ketahanan diri dan solidariti melalui gabungan cabaran fizikal, perjalanan emosi, dan kerjasama dinamik.
Menurut pengurus saluran Astro Ria, Idlan Zahari, program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
"Kami amat teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada penonton. Misi kami adalah untuk menyampaikan mesej di sebalik cabaran fizikal bahawa kekuatan maskuliniti datang dari sokongan antara satu sama lain dan keberanian untuk mengatasi halangan hidup.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise, Maskulin Who’s Your Bro diharapkan mampu mencetuskan perbualan mendalam tentang maskuliniti moden,” ujarnya.
Direka untuk membawa penonton melangkaui batas fizikal, program ini menawarkan perspektif baharu dalam genre realiti TV dengan naratif yang universal tentang keberanian, kepimpinan, dan kekuatan mental.\
Lima lokasi menarik di seluruh Malaysia menjadi medan cabaran, setiap episod menjanjikan pengalaman unik yang memadukan aksi mendebarkan dengan elemen strategi dan dinamika hubungan.
Penonton akan menyaksikan bagaimana 12 peserta, dipasangkan menjadi duo dinamik, mengharungi cabaran yang menguji ketahanan dan persahabatan sejati mereka.
Senarai penuh 12 peserta Maskulin Who’s Your Bro:
1.Ikmal Amry (pelakon)
2.Theebaan G (pelakon)
3.Hakimi Noordin (model)
4.Saddam Pittli (abang askar)
5.Chee Wai
6.Irwan Kamaruddin
7.Asyraf (abang kontraktor)
8.Faidzal Ali
9.Kelvin
10.Syafiq Farhan
11.Dr Shazif (doktor)
12.Nad (the tank)
Dengan pendekatan yang segar dan autentik, rancangan ini berusaha mengubah persepsi dan menampilkan nilai baharu tentang maskuliniti dalam hubungan persaudaraan lelaki.
Sebagai pelengkap kepada program TV, Maskulin Who’s Your Bro juga mempersembahkan kandungan digital eksklusif yang memperluaskan pengalaman campaign audiens.
Salah satu elemen utama ialah “Who’s Your Bro Digital Special”, yang ditayangkan di platform digital Maskulin seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
Kandungan ini memaparkan sisi santai peserta di luar arena pertandingan, termasuk aktiviti harian mereka, personaliti unik, dan emosi yang jarang dilihat.
Maskulin Who’s Your Bro direka untuk mentakrifkan semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat.
Setiap episod menampilkan cabaran yang direka untuk mendorong konflik, membangkitkan emosi, dan menggalakkan kerjasama, menjadikan naratif program ini lebih dramatik dan menyentuh hati.
Maskulin Who’s Your Bro akan menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.