Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Ikon Fesyen, Sosialit Ezurin Khyra Takluk The House Musim Keenam!

Asraf Aided
14/10/2020 09:34 MYT
Setelah ramai berteka-teki, akhirnya personaliti The House musim keenam diumumkan hari ini.

Ezurin Khyra, sosialit jelita, ikon fesyen dan ibu kepada lima cahaya mata hasil daripada hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama kerabat diraja merupakan personaliti utama dalam The House kali ini.

Penonton juga berpeluang menyaksikan gaya hidup dan ikatan kekeluargaan yang erat antara Ezurin bersama putera dan puterinya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta nilai persahabatan bersama teman rapatnya, Magie Abang Saufi.

Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, pengisian The House musim keenam adalah lebih relevan dan menepati citarasa penonton masa kini.

"Memasuki musim keenam tahun ini, jenama The House sebagai sebuah kandungan hiburan santai alaf baru membuktikan bahawa pengisian yang diperkenalkan adalah relevan dan menepati citarasa penonton masa kini.

"Dengan kadar purata tontonan digital lebih enam juta untuk setiap musim, meletakkan The House antara program yang paling ditunggu-tunggu.

"Setiap tahun, The House menampilkan nama-nama popular yang mempunyai pengaruh kuat di media sosial. Menerusi kriteria tersebut, kami tampilkan pula ‘Princess Ezurin’ beserta cahaya mata kesayangan dan rakan karibnya Magie yang dilihat mampu melonjakkan nilai komersial program ini," katanya dalam sidang media The House yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Tambah Syazwan, pihak produksi juga yakin musim ini mampu membuatkan ramai penonton teruja untuk menontonnya.

"Kami yakin musim ini bakal memikat hati para penonton yang pastinya berasa teruja untuk
mengenali keluarga ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, ini juga merupakan perkongsian
yang tidak pernah ditayangkan di mana-masa platform sebelum ini.

"Semoga musim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekaligus
menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak.
Semoga terhibur!” katanya lagi.

Musim ini, The House telah membawa Ezurin sekeluarga menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan melalui gaya hidup yang lebih sederhana.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra sebanyak 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusi menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk
pilihan yang lebih fleksibel.

Program realiti ‘The House’ kembali menerusi musim keenam dengan ikon fesyen, sosialit masyhur EZURIN KHYRA Ezurin atau lebih dikenali sebagai ‘E’ merupakan seorang Ibu jelita kepada empat putera dan seorang puteri hasil perkahwinan bersama kerabat Diraja. Di sebalik kilauan glamor, ‘The House’ bakal pamer sisi lain Princess Ezurin. Dengan konsep yang lebih menarik, tampil lebih unik dan kisah yang berbeza bersama ahli keluarganya menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan sederhana. Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam. #AstroGempak #TheHouseEzurin #EzurinKhyra #EKhyra #ThisIsHowWeRoll @ezurinkhyra @kingkhyra @nkhyra @omaan_khyra @imaankhyra @rkhyra @magieabangsaufi

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


#The House #Ezurin Khyra #Musim Keenam
;