Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Ashraf Muslim mengambil pendekatan untuk menjual lampu ultraungu yang berfungsi membasmi kuman.

Kata Ashraf, inisiatifnya itu muncul ketika dunia mula bergelut dengan pandemik COVID-19 awal tahun lalu.

"Ilham untuk mengeluarkan produk ini tercetus sebelum saya dimasukkan ke dalam wad lagi dan usaha untuk mempromosikannya terbantut ketika saya sakit.

"Jadi, selepas keluar wad saya teruskan balik niat untuk membantu orang awam menjaga kebersihan dan kesihatan dengan cara berbeza.

"Ramai yang sudah keluarkan jenama sanitizer sendiri, oleh itu saya nekad mengeluarkan produk UV Germicidal Disinfection Lamp," katanya kepada Gempak.

Fungsi lampu ultraungu itu jelas Ashraf mampu membunuh 99.9 peratus kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di permukaan bilik atau kediaman.

"Norma hidup pun sudah berbeza, ramai yang semakin cenderung untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta lebih berhati-hati.

"Cara menggunakan lampu ultraungu ini mudah saja, cuma pasang dan biarkan selama 30 minit dan keluar dari ruang tersebut seketika.

"Ia jenis portable dan fungsinya seperti kita fogging," tambahnya yang menghantar sendiri produk terbabit kepada pelanggannya.

Assalamualaikum semua, AM nak memperkenalkan produk yg terkini untuk membasmi kuman. Iaitu UV Germicidal Disinfection Lamp. Memang sesuai digunakan dirumah dan di office. Yer, sekarang kita melalui norma hidup yg berbeza sebelum ini disebabkan virus Covid yg melanda satu dunia sekarang. Daripda itu kita akan lebih berhati-hati dan lebih menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. So AM syorkan boleh u all dapatkan UV Lamp ini demi membasmi kuman-kuman dirumah dan di office anda. Berminat boleh DM AM. Oh ya! Penghantaran melalui post dan COD di Shah Alam sahaja. Hotline nombor : 010 940 0470

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on


Ashraf juga selain itu aktif melakukan kerja-kerja amal selepas keluar dari wad Ramadan lalu.

Malah, Ashraf juga teruja dengan sambutan yang diterima daripada penonton filem Ada Apa Dengan Dosa lakonannya.

Ashraf melakonkan watak sebagai pendakwah terkenal Ustaz Hariz yang dibayangi dosa-dosa silamnya yang pernah berzina dan punyai anak luar nikah.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.