Hiburan
"Ikut Hati Nak Berniqab Tapi..." - Noorkhiriah Dedah Hasrat Untuk Berpurdah
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan niatnya untuk berpurdah atau berniqab menerusi entri terbarunya di Instagram.
Menurut Noorkhiriah hatinya sudah terdetik untuk berpakaian sebegitu, namun ia semua bergantung pada kekuatan imannya.
"Tapi itu lah iman ni macam naik kuda, kejap turun kejap naik. Pakai bukak pakai buka nanti macam main-main pula.
"Niqab ni bukan fesyen walaupun tak wajib. Tahniah kepada yang berjaya istiqomah," katanya.
Menurutnya lagi, berpakaian sebegitu membuat banyak perkara dapat dilindungi.
"Tak payah pakai bedak tak payah apa-apa. Mudah nak solat," katanya.
Apapun keputusan Noorkhiriah kami di Astro Gempak mendoakan yang terbaik untuk beliau!
Must-Watch Video