Laman Utama

Ikut Jejak Langkah Dr Noor Hisham, Orang Ramai Digalakkan Memakai 'Double Mask'

gempak
Azwa Rahman
20/05/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Ikut Jejak Langkah Dr Noor Hisham, Orang Ramai Digalakkan Memakai  'Double Mask'
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti COVID-19.
Menurut beliau, amalan itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).
Di laman sosial, foto beliau memakai 'double mask' tular dan menjadi perbualan wargamaya.
Tambah beliau lagi, hasil eksperimen itu memperkemaskan pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua mengurangkan lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.
"Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.
"Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.
"Jika saya ke hospital 'double mask' membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan," jelasnya lagi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024