Ikut Jejak Langkah Thailand, Singapura Bakal Mansuh Undang-Undang Larangan Hubungan Seks Sejenis
Izwan Isa
21/08/2022 23:50 MYT
21/08/2022 23:50 MYT
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan yang Singapura bakal memansuhkan undang-undang melarang hubungan seks sejenis.
Perkhabaran yang dibuat semalam itu sekaligus mengiktiraf kedudukan kelompok homoseksual di negara itu pada masa akan datang.
“Saya percaya perkara ini merupakan hal yang betul untuk dilakukan. Dan ia juga adalah satu perkhabaran yang akan diterima oleh rakyat Singapura,” katanya kepada media Singapura.
Lee turut menjelaskan yang golongan homoseksual sudah diterima dan menghapuskan Akta 377A bakal meletakkan undang-undang negara Singapura selari dengan norma sosial semasa.
Dalam masa yang sama, Lee juga berharap agar pemansuhan itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada golongan homoseksual di Singapura.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan yang pihak kerajaan akan sentiasa memastikan perlindungan terhadap undang-undang yang lebih baik bagi perkahwinan sebagai konsep amalan untuk wanita dan juga lelaki, sekaligus, hal ini akan menyukarkan perkahwinan sesama jantina untuk disahkan.
Tambah Lee, Singapura akan kekal sebagai sebuah masyarakat tradisional, dengan ramai yang berminat untuk mengekalkan norma keluarga dan sosial.
Untuk rekod, Singapura terkenal dengan nilai konservatif. Begitupun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai penduduknya menggesa agar Akta 377A yang wujud sejak era kolonial itu dimansuhkan.
Singapura merupakan negara terbaharu di Asia yang mengiktiraf hak homoseksual, selepas India, Taiwan dan Thailand.
Pendirian kerajaan sebelum ini adalah untuk mengekalkan akta berkenaan tetapi juga berjanji untuk tidak menguatkuasakan undang-undang, sebagai cara untuk menenangkan kedua-dua pihak.