Pemain badminton handalan China, Lin Dan mengumumkan persaraannya daripada arena sukan itu.

Pengumuman itu dilakukan menerusi platform laman sosial China, Weibo pada Sabtu.

“Dari tahun 2000 sehingga 2020, selepas 20 tahun, saya ucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangaaan. Ia sukar untuk dilafazkan,” katanya.



Malah, Lin Dan turut memberikan penghargaan kepada semua ahli keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

Menurut Persatuan Badminton China, Lin Dan menghantar permohonan persaraannya secara rasmi beberapa hari lalu.

Melihat pada situasi terkini dan alasan peribadinya, pihak persatuan dan pasukan kebangsaan menerima persaraannya.

Pengumuman persaraan ini sekaligus memberi pengesahan bahawa dia tidak akan menyertai Sukan Olimpik 2020 yang akan ditunda pada tahun 2021 susulan pandemik Covid-19.