Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

Mya Amri
06/11/2024 18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.

Menerusi ruangan komen, Nabila memaklumkan dia sentiasa mendoakan yang baik-baik buat Janna dan berharap segala inisiatif yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.

“Janna sayangku. Walaupun kita tak selalu jumpa. Tapi aku selalukan selitkan nama kawan kawan aku dalam doa aku.

“Always. Semoga dipermudahkan. Semoga yang indah indah buat sahabatku ini Ya Allah.

“InshaAllah. Allah makbulkan doa korang berdua satu hari nanti okay. Trust Him.

“Jangan dengar kata orang. Love you both. I’m here for you always okay,” tulisnya.

Janna sebelum ini tidak dapat menahan sebak dan memaklumkan sudah mencuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan selain kaedah IVF dan juga petua petua yang diberikan.

“Orang yang tanya tanya ni tahu tak yang kita ni mencuba, yang kita ni trying so hard? So please stop tanya tanya, stop.

“Orang bagi saya petua minta orang mengandung pijak ibu jari kaki, saya minta Nabila Razali pijak kaki saya sebab saya sangat terdesak untuk nak baby,” katanya menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Untuk info. Janna dan Dini mendirikan rumah tangga 10 Jun 2023.

Saksikan video penuh Janna di bawah:

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

#Hamil #Janna Nick #Nabila Razali #Petua #Zuriat
;