,
Berita

Ikuti Tiga Cara Mudah Ini, Anda Berpeluang Menonton Liga Perdana Inggeris Di Stadium Bersama Coca-Cola Malaysia

Rozaimi Zubaidi
22/08/2019
06:02 MYT
Sempena musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20, peminat bola sepak di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di United Kingdom.
Menerusi kempen ‘Realisasi Impian Bola Sepak Anda’, Coca-Cola Malaysia dan Astro bakal merealisasikan impian enam peminat bola sepak untuk terbang ke United Kingdom bagi menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap.
Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu Coca-Cola Singapura-Malaysia, Lim Kean Yew, kempen ini diadakan adalah untuk menaikkan semangat peminat bola sepak memandangkan sukan ini amat popular di Malaysia.
"Liga Perdana ini telah mempunyai ramai pengikut sejak dari dahulu lagi dan sambutan yang diberikan selalunya melebihi sukan-sukan lain di Malaysia. Ini adalah salah satu sebab utama Kempen ‘Realisasi Impian Bola Sepak Anda’ dianjurkan khas untuk peminat-peminat bola sepak.
"Sepanjang tiga bulan kempen ini berjalan, kita akan tumpukan pada program-program untuk menaikkan semangat bola sepak di kalangan peminat, terutamanya golongan muda dan juga untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia melalui detik-detik penting ketika mereka menyaksikan aksi Liga Perdana ini secara langsung," katanya.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay mengakui teruja untuk berkerjsama dengan Coca-Cola Malaysia bagi musim Liga Perdana musim ini untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua peminat bola sepak.
"Selain membuat liputan secara langsung bagi setiap perlawanan, Astro juga akan menyediakan hab Liga Perdana yang baru di set kotak tertera dan juga siaran Astro GO di mana peminat bola sepak boleh menonton dan mendapatkan kandungan eksklusif.
"Kami juga bekerjasama dengan Coca-Cola untuk menyiarkan jaringan gol secara langsung dan matlumat terkini mengenai Liga Perdana melalui media sosial Stadium Astro," katanya.
Melalui kempen ini juga, Coca-Cola Malaysia akan memberikan 5,000 pas Astro Sports Pack satu bulan secara percuma bagi setiap penyertaan yang terpilih mengambil bahagian sepanjang kempen ini berlangsung bermula sejak awal Ogos sehingga Oktober depan.
Orang ramai juga berpeluang untuk berjumpa dengan pemain legenda dari Liga Perdana Inggeris dan memenangi 30,000 barangan edisi terhad “Liga Perdana Coca-Cola”.
Untuk makluman semua, syarikat Coca-Cola merupakan Penaja Global untuk Liga Perdana 2019-2021 dan Astro adalah penyiar rasmi bagi Liga Perdana di Malaysia.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan kegemaran anda beraksi secara langsung di dalam stadium.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara penyertaan dan hadiah yang menanti ada, layari laman web rasmi Coca-Cola Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Premis Siar Rancangan Sukan & Hiburan Tanpa Lesen, Mahkamah KL Beri Amaran

gempak
24/11/2022
05:04 MYT
Keputusan Mahkamah Tinggi merupakan amaran kepada pemilik premis komersial
Laman Utama

Rebut Peluang Memenangi Tiket Tontonan Eksklusif Hari Ini!

gempak
22/07/2022
07:00 MYT
Jom pakat tengok ramai-ramai
Gaya Hidup

“Arwah Bapa Memang Minat Liverpool” - Keluarga Ini Raikan Kemenangan Pasukan Bola Sepak Di Pusara Ayah

gempak
26/06/2020
08:09 MYT
Berita

Ikuti Tiga Cara Mudah Ini, Anda Berpeluang Menonton Liga Perdana Inggeris Di Stadium Bersama Coca-Cola Malaysia

gempak
05/09/2019
06:36 MYT
Berita

Tonton Liga Perdana Inggeris Dalam Paparan 4K UHD

gempak
13/08/2018
07:17 MYT
Anmum