"Ikutkan Due Date Hari Isnin Tapi Allah Nak Bagi Anugerah Awal" - Diana Amir Selamat Lahirkan Baby Boy!

Asraf Aided
November 10, 2018 05:29 MYT
Pelakon Diana Amir selamat melahirkan anak ketiga pagi tadi.
Perkara itu dikongsi Diana menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Diana, dia berasa terharu dengan sokongan dan doa orang ramai sejak hari pertama kehamilannya.
"Alhamdulillah, Saya terharu dengan doa-doa daripada semua, sejak mula pregnancy hinggalah selamat melahirkan pagi tadi.
"Semoga Allah pulangkan kebaikan untuk anda semua.
"Doakan baby Diana sihat, soleh, handsome dan disayangi oleh dua orang kakaknya," tulis Diana.
Dalam pada itu, Diana turut mendoakan mereka yang sudah berkahwin dan belum mendapat zuriat agar dipermudahkan urusan serta dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini, Diana telah dikurniakan dua orang anak perempuan iatu Khaulah Al Azwar, 3, dan Khadija Azzehra yang berusia satu tahun.
#Diana Amir