Anggota kumpulan K-Pop BTOB, Ilhoon dilaporkan disiasat atas dakwaan kes penyalahgunaan dadah jenis marijuana atau ganja.

Memetik laporan Soompi, Ilhoon baru-baru ini berjaya ditangkap pihak polis selepas terlibat menggunakan bahan terlarang itu.

Sumber juga melaporkan, aktiviti akaun bank rapper tersebut memaparkan rekod bukti terlibat dengan aktiviti penggunaan marijuana.

Komponen dadah yang ditemui dalam sampel ujian folikel rambut Ilhoon juga menguatkan lagi bukti kes tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis juga mengatakan Ilhoon membuat pembelian marijuana menggunakan mata wang kripto untuk mengelak kegiatannya dikesan pihak polis.

Difahamkan, kes tersebut akan didakwa ke mahkamah pada Julai hadapan.

Sumber : Soompi