IM Asyraf Bantu Cat Papan Tanda Jalan Raya, Netizen Puji - "Dah Lah Comel, Berkemahiran Pula Tu"

Amri Hassan
Jun 25, 2021 04:15 MYT
Pelbagai aktiviti bermanfaat boleh dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah mengecat semula papan tanda jalan raya seperti yang dilakukan pendakwah Imam Muda Asyraf ini.
Berkongsi aktiviti terbabit di Instagramnya, Asyraf dilihat sedang gigih mengecat semula papan tanda 'BERHENTI' di persimpangan jalan kawasan kejiranannya.
"Sampai ke papan tanda jalan raya pun kita cat. Punya tak tahu nak buat apa dah," tulisnya.
Tindakan progresif Asyraf itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang memuji caranya meluangkan masa dengan cara berfaedah.
"Boleh mai pacak signboard kat rumah kami dak? Ada orang cabut," seloroh Fakhrul UNIC.
"Dah lah comel, berkemahiran pula tu," puji Jep Sepahtu.
"Steadylah imam," kata Angah Lawaking.
"Mai rumah aku sat, ada benda nak kena cat," sahut Hafiz Hamidun.
Selain itu, ada dalam kalangan pengikutnya yang turut berkongsi aktiviti masing-masing termasuk mengecat pasu bunga di halaman rumah.
#Imam Muda Asyraf #Pendakwah #Cat #PKP #Papan Tanda Jalan Raya