Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Im Glad Its Over", Zarina Anjoulie Harap Talak 3 Dari Suami

Maliah Surip
03/05/2021 21:50 MYT
Pernikahan pelakon sensasi Zarina Anjoulie dengan suaminya, Eilyas Azhar yang berakhir buat kali kedua masih hangat diperkatakan.

Sebelum ini, Zarina dan Eilyas atau Yas bercerai pada Februari lalu sebelum kembali rujuk.

Namun, dalam tempoh dua bulan kembali menjadi suami isteri, Zarina semalam mengumumkan dia dan Yas telah bercerai kali kedua.

Menerusi Instagram Storynya, Zarina dilihat sempat meluahkan perasaannya selepas berpisah dengan Yas yang dinikahi sekitar Julai tahun lalu.

Zarina mendakwa Yas kerap meminta cerai setiap kali mereka bergaduh. Mengatakan dirinya mempunyai maruah, dia akhirnya bersetuju untuk berpisah dengan lelaki tersebut.

"Kalau dah setiap kali gaduh suami minta cerai, ha corai la den tak hadap la.

"Aku ada maruah...nak cakap aku semak??? Aku tak pernah sekali complain kau tak kasi aku apa, aku tak pernah complain kau tak boleh kasi aku rumah, kereta, bawa aku shopping macam suami lain sebab aku terima kau seadanya.

"Im glad its over," tulis Zarina semalam.

Malah, Zarina juga seperti sudah tidak ingin berdamai dengan mantan suaminya apabila meluahkan dirinya sudah tidak mahu bersama Yas.

"Thank you but this time... Aku tak nak dah. kalau boleh aku nak talak 3 terus," tulisnya lagi.



Biarpun begitu, menerusi siaran Live yang dibuatnya semalam, Zarina turut mendoakan kebahagiaan bekas suaminya.

Terdahulu, Zarina yang pernah menikah dengan lelaki asal Brunei sebelum berkahwin sekali lagi mengumumkan dirinya sudah bercerai kali kedua dengan Yas.

"Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai... Yes betul kami dah cerai. Tq," tulis Zarina ringkas.

Bagaimanapun Zarina kini telah memadam kenyataan tersebut dari kemas kini Instagramnya.

Kredit Foto: Harian Metro
#cerai #Zarina Anjoulie #Gaduh #Sensasi #Yas #Talak 3
;