Viral
"I'm Honoured! Tapi ..." - Ini Reaksi Ernie Bilamana Siti Mahukannya Ganti Nyanyi Anta Permana Di Pentas AJL
Penyanyi Ernie Zakri akui teruja apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilihnya untuk menggantikannya menyanyikan lagu Anta Permana.
Hasrat itu disuarakan sendiri oleh Siti seandainya lagu itu berjaya menembusi Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun hadapan.
"Saya ada terbaca mengenai kenyataan Datuk Siti dan sejujurnya i'm honoured!
"Bila diri saya diperkatakan oleh Datuk Siti, rasanya seperti sudah menang satu anugerah dan kejayaan tersendiri dalam karier seni saya," katanya kepada Gempak.
Faktanya, Siti telah menarik diri daripada menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sejak tahun 2010.
Tambah Ernie, pihak pengurusan Siti bagaimanapun belum menghubunginya untuk perbincangan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Ernie teruja menantikan maklum balas peminatnya selepas pelancaran muzik video single terbaharunya, Ku Bersuara di Pintu Old Malaya, Kuala Lumpur semalam.
"Lagu ini menceritakan luahan dan isi hati saya sepanjang bergelar artis.
"Memang tidak mudah sebab saya melalui pelbagai cabaran dan diskriminasi untuk sampai ke tahap ini," tambahnya.
Muzik video arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan pelakon prolifik Que Haidar.
Manakala, lagu Ku Bersuara mendapat sentuhan dari Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.
Ku Bersuara diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan boleh didengar menerusi penstriman atas talian sejak 7 Disember lalu.