,
Laman Utama

“I’m Sorry Pui Yi!” - Akaun Instagram Selebriti Paling Ramai Pengikut Di Malaysia ‘Hilang’, Nam Ron Akui Mungkin Ada Kena Mengena Dengan Hantaran Yang Dikongsinya

Izwan Isa
17/12/2021
08:50 MYT
Semalam, pelakon Nam Ron ada memuat naik dua keping gambar yang diambil bersama seorang selebriti dengan pengikut paling ramai di Malaysia iaitu Pui Yi.
Difahamkan, Nam Ron dan Pui Yi sedang berada di lokasi penggambaran yang sama bagi membintangi karya terbaharu mereka, filem Pulau.
“Tadi masa kat lokasi, Ms Pui Yi ajak bergambar sebelum mulakan penggambaran. Dia kata dia “starstruck.” Rupanya dari hari pertama dia nak ajak bergambar tapi malu dan takut-takut.
“Kelakar lah dia ni, macamlah saya ni besar sangat dalam dunia filem ni. Nak starstruck bagai. Dia tak tahu saya pun malu nak ajak dia bergambar sebenarnya.
Lepas habis adegan kami, sebelum pulang ke hotel saya pula ajak dia bergambar. Harap follower dia yang 16 juta tu bolehlah follow saya pula,” tulis Nam Ron di ruangan kapsyen.
Namun, menerusi hantaran terkini Nam Ron, akaun Pui Yi telah pun dipadamkan dan Nam Ron mengakui ada kena mengena dengan hantaran yang dibuat semalam.
“Selepas posting saya posing dengan Ms Pui Yi akaun IG 16 juta followers miliknya telah di padam.
“Menurut firasat saya ini semua ada kaitan dengan posting saya. I’m sorry Pui Yi!” tulis Nam Ron.
Menerusi carian di internet, Pui Yi yang berusia 33 tahun merupakan seorang model yang kerap memuat naik gambar-gambar seksi di Instagramnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pempengaruh Ms Pui Yi Menang Saman Penghakiman Ingkar RM4.3 Juta

gempak
29/07/2024
06:51 MYT
Pengaruh media sosial, Siew Pui Yi memperoleh kemenangan terhadap bekas rakan perniagaannya Lai Kai Jian.
Laman Utama

Filem Gadis Pekak Suka Kelip-Kelip Pusing Malaysia Dengan Konsep Wayang Pacak!

gempak
13/09/2023
09:45 MYT
"magiK" diarahkan oleh Yasu dan Bea Tanaka!
Laman Utama

Pui Yi, Mark O’dea Umum Sudah Putus Cinta

gempak
21/08/2023
06:20 MYT
Mereka kekal sebagai kawan
Laman Utama

Jadi Filem Terakhir, Rindu Kehebatan Allahyarham Adibah Noor Terubat Dalam Eraser

gempak
02/06/2023
11:27 MYT
Rindu kepada orang yang telah pergi memang tidak berpenghujung.
Laman Utama

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu

gempak
05/07/2022
07:30 MYT
Nam Ron dedah realiti anak wayang.