Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Sham Visa mengakui masih membina semangat bertanding dalam dirinya.

Menurut bintang berusia 43 tahun ini, dia masih mencari semangat juang untuk menyahut apa sahaja cabaran yang diberikan padanya setiap minggu.

“I’m working on it. Expectation orang pada saya sangat tinggi. Saya tak jangka sambutan boleh jadi macam ni sekali.

“Sebagai seorang yang dah 15 tahun menghilang dalam industri seni, saya tak sangka macam ni penerimaan peminat pada saya.

“Apa yang boleh saya katakan, Sham Visa ni seorang yang biasa-biasa sahaja,” katanya kepada Gempak.

Sham ditemui ketika selesai membuat persembahan lagu My Heart di konsert minggu keempat GV2019 bertempat di Auditorium MBSA pada Ahad.

Kelihatan sugul dan tidak bersemangat ketika sesi ‘ada lagu ada lagi’ pada konsert keempat, Sham ada jawapan tersendiri.

“Kadar keyakinan saya sekarang tidaklah tinggi dan tidak juga rendah. Saya tetap akan berjuang, saya cuba.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua orang yang memberikan sokongan pada saya. Sokongan peminat jugalah yang beri saya kekuatan untuk terus berada di sini,” ujarnya lagi.

Pada konsert kelima yang bertemakan CurHat (curahan hati), Sham Visa menerima lagu Terima Kasih Cinta nyanyian asal penyanyi popular dari seberang, Afgan.

Jangan lupa saksikan konsert kelima GV2019 pada hari Ahad ini 10 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.