Laman Utama

Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail Meninggal Dunia

gempak
Mya Amri
14/08/2021
08:46 MYT
Sponsor Banner
Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail Meninggal Dunia
Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 4 pagi tadi.
Berita itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Masjid Negara Malaysia hari ini.
“Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami us. Khisamudin bin Ismail telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4:00 pagi di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor (komplikasi jantung).
“Kami kehilangan seorang rakan, imam dan guru yang penuh dedikasi dalam tugasnya.
“Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan Solihin.
“Didoakan agar isteri, anak-anak dan ahli keluarga bersabar menghadapi ujian ini,” maklum kenyataan berkenaan. Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Saya ada maklumkan kepada beliau untuk menziarahinya bila ada masa yang sesuai. Namun, perancangan Allah SWT sudah pasti ada hikmahnya.
“Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Khisamudin Ismail, Imam Masjid Negara,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebooknya. Usatz Khisamudin meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live