Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Imam Maut Kemalangan Selepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital

Gempak
09/10/2024 05:25 MYT
Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.

Mangsa dikenali Nurul Kamal Zulkarnain, 37, bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar.

BERITA BERKAITAN : Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

BERITA BERKAITAN : Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA BERKAITAN : Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

BERITA BERKAITAN : Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max



Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru melawat isterinya, Nur Firdaus Salwa Mohd Zamrin yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ketiga mereka di Hospital Seri Manjung pada Isnin.

Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.

Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE pada petang tadi.

"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.


''Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya," katanya menerusi akaun Facebooknya.


SUMBER:Sinar Harian

#Bersalin #Isteri #Maut #Ziarah #Imam #selepas
;