HIBURAN
Imam Muda Asyraf Kongsi Momen Menyentuh Hati Bersama Duta Sheila On 7 - “Dari Perbualan Berjam, Saya Tahu Dia Tak ‘Kosong’ Soal Agama…”
Pendakwah selebriti, Imaam Muda Asyraf berkongsi momen peribadi bersama penyanyi terkenal Indonesia iaitu vokalis kumpulan Sheila On 7, Duta ketika dia berada di Jakarta baru-baru ini.
Kagumi keperibadian duta
Menerusi hantaran di Instagram, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 41, menggambarkan pertemuan mereka sebagai salah satu kenangan paling mahal walaupun berlaku dalam suasana yang sederhana.
“Kenangan paling mahal kadang bukanlah di pentas besar. Namun, ia hadir di ruang sederhana, dalam waktu yang tak diduga.
“Satu malam di Jakarta. Dari jam 1 hingga 4 pagi, ngobrol bersama lagendaris @pakduta . Di kaki lima kamar hotel beliau. Sambil menikmati Pisang Salai, Roti Romi dan kerepek sediaan Ibu Adel isterinya,” kongsinya.
Sikap rendah diri
Tambah Asyraf lagi, lebih bermakna lagi apabila sesi perbualan malam itu merangkumi pelbagai topik daripada lirik lagu, soal hati, agama, kehidupan sehinggalah tentang erti kemanusiaan.
Namun kata Asyraf, yang paling menyentuh hati adalah sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Duta ketika menyentuh soal agama.
“Malam dihiasi lirik lagu, soal hati, diskusi agama, tentang hidup dan tentang menjadi manusia.
“Pak Duta tidak mengenali saya secara peribadi. Saya juga bukan 'Sheila Gank'. Tanpa dirancang dijemput bersama rakan saya yang sering menjadi penyambut SO7 di Malaysia.
“Perbualan rancak kami mula bertukar wajah, apabila saya diperkenalkan kepada Pak Duta. "Ini kayaknya Pak Ustaz jika di Malaysia".
"Mungkin disebabkan gaya bersahaja. Terus Pak Duta menyambut. "Ini Ustaz Modern ni” Lantas terus topik berubah menjadi persoalan hati ke hati. Terutama sudut pandang beliau pada agama. Beliau bercerita satu kisah ketika Umrah di Tanah Suci Mekah.
“Katanya, beliau pernah bertemu seorang lelaki Mesir yang bertanya, “Apa pekerjaan kamu?” Pak Duta menjawab, “Saya seorang penyanyi.”
“Lelaki itu terus berkata, “Nyanyi itu haram.” Dengan tenang, Pak Duta menjawab, “Saya datang ke Tanah Suci ini untuk memperbaiki diri. Doakan saya jadi orang yang baik.”
“Jawapan itu buat saya diam lama. Kerana dari perbualan berjam bersama beliau, saya tahu Pak Duta bukan 'kosong' soal fikir agamanya.
“Pasti ada jawapan balas untuk membela. Tapi beliau lebih memilih memberi jawapan yang lahir dari kerendahan hati, tanpa berlanjut memutus perdebatan,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Asyraf:
Must-Watch Video