Penyanyi yang sedang meningkat naik, Iman Troye sekali lagi terpalit dengan fitnah apabila didakwa sengaja berjalan sana sini hingga merentas daerah.

Menerusi tulisan seorang pengguna di laman sosial Twitter pada Sabtu, pelantun lagu Teman itu dikatakan tinggal di Puncak Alam dan telah ke Setia Alam untuk mendapatkan makanan yang diingini.

"Contohnya Iman Troye duduk Puncak Alam selamba je pergi jalan sana sini minum Starbucks makan Llao Llao.

"Kat Puncak Alam mana ada semua jadah tu. Setia Alam je paling dekat. Itu pun dah keluar daerah," tulisnya.

Hal itu mengundang kemarahan ibu kepada Iman yang tampil mempertahankan maruah anaknya itu.

"Sampai masa utk kami protect her from cyberbully and fitnah.

"Untuk info, kami tinggal kat Bandat Tasik Puteri, and town paling dekat yang within 10km adalah aeon Rawang and kat situ semua ada, market, McD and also Starbucks. Anak bongsu itu kalau nak makan, akan ke sana utk beli, take away and balik rumah," jelasnya.



Justeru, ibunya yang menggunakan akaun @catatanctie bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

"So far, dia tak pernah keluar daerah lagi, cuma that day ke Dang Wangi Police Station utk ambil saman.

"Pleaselah, cukuplah fitnah dia hadap selama ni, jangan ingat kami tak baca semua fitnah tu, tapi selama ni tak berbaloi untuk layan.

"Jangan ingat sebab nama dia orang kenal, boleh buat fitnah sesuka hati. Dia masih ada family," tegasnya.



Bagaimanapun, individu terbabit telah tampil membuat permohonan maaf terbuka terhadap keterlanjuran tulisannya.

"Saya bangga dengan budak lelaki ini, berani meminta maaf dan memperbetulkan situasi. Saya pun sama seperti awak, tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

"Kita sama-sama belajar," maklum Iman.