Penyanyi Iman Troye berkongsi keterujaannya apabila telah lulus ujian memandu pada awal Mei yang lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, memuat naik foto momen sewaktu menjalani ujian memandu.

“3/5/2021 - saya request untuk ambil selfie untuk tunjuk pada ibu bapa tentang pencapaian terbaharu saya! Yes guys, saya lulus ujian memandu.

“Slide kiri untuk foto-foto rawak. (I tulis kat tangan sebab takda buku. Don’t worry before test i basuh) Stay safe everyone! Love ya,” tulis Iman di ruangan kapsyen.

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)


Difahamkan Iman mengikuti kelas dan ujian memandu di Sekolah Memandu PS Samy, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Apa yang menarik perhatian pengikutnya adalah apabila Iman sempat mengambil gambar swafoto bersama pegawai pemeriksa Jabatan Pengangkutan Jalan selepas tamat ujian memandu.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan ucapan tahniah kepada pelantun lagu Teman itu kerana berjaya memiliki lesen kereta.

“Fuiyohh tahnian Iman,” ucap seorang wargamaya.

“Amik lesen pun cantik, belum amik hati i lagi hahaha,” komen seorang wargamaya.

“Cantik Iman, jangan rentas negeri lepas ni,” pesan seorang wargamaya.

“Kemain glamor amik test JPJ ye, congrats Iman,” kata seorang wargamaya.

“Tahniah, ingat lesen tak boleh ganti tangan, kaki dan nyawa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 110,000 tanda suka oleh pengikutnya.