Laman Utama
Iman Troye, MK K-Clique, PTTI Rai Anak Yatim, Sumbang RM15,000! - "Kami Bukan Saja Meraikan Mereka ..."
Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique gembira apabila dapat meraikan anak-anak yatim dan asnaf pada Majlis Raikan Syawal PTTI di Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor, kelmarin.
Iman, 21, atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, penganjuran majlis itu sedikit sebanyak menceriakan hari penghuni rumah kebajikan itu yang jarang-jarang dibuat untuk mereka.
"Alhamdulillah, tahun ini PTTI membuat sesuatu yang istimewa dengan mengadakan majlis meraikan Syawal di rumah kebajikan terpilih. Tentu saja sambutan ini menggembiran adik-adik di situ. Jelas kelihatan keceriaan pada raut wajah masing-masing.
"Kehadiran kami bukan saja ingin meraikan mereka, tapi PTTI juga turut menghulurkan sumbangan RM15,000 bagi meringankan kekurangan dan beban ditanggung pertubuhan ini," katanya.
Nak bantu lebih ramai orang
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, fokus utama PTTI adalah untuk membantu lebih ramai orang.
"Kami bukan saja membantu pelajar dalam menguasai pelajaran mereka, tapi keutamaan kami juga adalah ingin melihat lebih ramai anak bangsa kita berjaya. Sebab itu, di PTTI apa yang kita buat ini adalah bersifat menyeluruh.
"Selain menekankan aspek pembelajaran, kami tentunya ingin membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Saya percaya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah," katanya.
Selain sumbangan, anak-anak yatim dan asnaf turut menerima duit raya dan pelbagai hadiah daripada PTTI.
Pada majlis sama, PTTI turut meraikan guru-guru PTTI sempena Hari Guru.
Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia mempunyai 75 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 1 hingga 17 tahun dalam kalangan anak-anak yatim dan golongan asnaf.
Must-Watch Video