Laman Utama
Iman Troye Tampil Perjelas Spekulasi Tunang; "Saya & Naim Daniel Memang Macam..."
Penyanyi Iman Troye tampil membuat kenyataan susulan spekulasi pertunangan dengan Naim Daniel sejak memuat naik foto atas pelamin di Instagram malam tadi.
Menurut Iman, semalam adalah hari pertunangan abang dan bakal kakak iparnya. Iman kelihatan manis berbaju kurung warna hijau memegang jambangan bunga sewaktu duduk di atas pelamin dan meninggalkan emoji lambang hati pada foto yang dimuat naik.
Tindakannya itu membuat netizen berfikir penyanyi tersebut telah disunting atau bertunang dengan Naim Daniel selepas dia menyertakan nama Naim sekali.
Penyanyi lagu Teman itu mengakui telah memaklumkan Naim sebelum berkongsi foto berkenaan. Jelasnya, perkara itu dilakukan hanyalah untuk gurauan semata-mata.
"Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar saya bertunang. Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, saya ada hantar dulu kepada dia.
"Maaf jika mengganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang terasa, niat memang hanya nak balas gurauan sahaja, sebab sebelum ini pun kita ada gurau-gurau," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Iman juga menyifatkan hubungannya bersama penyanyi lagu Sumpah itu tidak lebih daripada seorang abang dan adik.
"Supporters pun faham itu hanya gurauan, Iman dengan Naim memang macam adik dan abang, tak lebih tak kurang, tak lebih daripada itu," katanya lagi.
Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut.
Menerusi tinjauan Gempak, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman.
Must-Watch Video