Laman Utama

Imej Seksi Dikritik Netizen, Azira Shafinaz Akui Pemakaian Tak Bersesuaian; “Saya Akan Terus Perbaiki Diri Menjadi Lebih Baik”

gempak
Asyikin Mayudin
05/10/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
Imej Seksi Dikritik Netizen, Azira Shafinaz Akui Pemakaian Tak Bersesuaian; “Saya Akan Terus Perbaiki Diri Menjadi Lebih Baik”
Penampilan pelakon Azira Shafinaz yang dilihat agak seksi baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan imej itu.
Tidak mahu netizen salah anggap dengan kenyataannya, Azira menyedari penampilannya itu mungkin tidak bersesuaian untuk semua pihak.
“Saya sebenarnya tak ada komen pun berhubung isu itu (seksi). Sebab kalau saya cakap, netizen akan salah anggap dan akan buat spekulasi lain pula.
“Tapi bagi saya sendiri, saya faham dan sedar mungkin tak bersesuaian untuk semua pihak. Saya sentiasa doa agar satu hari nanti saya akan berubah ke arah lebih baik.
“Harap peminat pun boleh doakan sekali,” kata Azira kepada Gempak yang ditemui ketika pra tonton episod pertama drama Astro Original terbaharu berjudul One Cent Thief pada Selasa.
Terdahulu, foto Azira yang memakai dress pendek yang ketika menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini di Bangkok, Thailand mengundang kritikan netizen.
Mengakui kurang selesa dengan komen netizen menggelar dirinya dengan perkataan tidak baik, Azira bagaimanapun tetap tenang menerima segala kritikan terhadap dirinya.
“Nak cakap selesa itu, sudah tentu kita pun ada rasa tak selesa bila orang panggil you dengan perkataan yang tidak baik. Tapi inilah lumrah jadi artis, kita kena hadap benda ni.
“Memang dari dulu lagi, kalau pakai tudung pun ada juga salah, tak pakai lagi la. Saya tidak cakap pemakaian saya itu betul, tapi doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya.
Menurut salah seorang ahli kumpulan DeFam ini, dia kini lebih memilih untuk tidak membaca komen-komen negatif dan akan terus memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya ada juga baca komen dan tipulah kalau tak beri kesan pada diri saya. Sebagai manusia, kita pun ada hati dan perasaan.
“Tapi kadang-kadang ada juga yang melampaui batas dan buat kita rasa geram. Itulah, bila jadi seorang artis ini kena banyak bersabar.
“Kena faham, apa saja yang kita kongsikan orang akan tetap berkata-kata walaupun benda itu baik atau sebaliknya. Apa yang baik, saya akan baik. Yang buruk, saya akan cuba perbaiki diri saya lagi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024